SPM VICTIM
Strawberry World



Assalamualaikum, kami pelajar tingkatan 5 dari SMK Doktor Burhanuddin disini berkongsi artikel tentang masalah masalah yang terjadi dikalangan masyarakat di Malaysia dan ini adalah projek kami menaip artikel untuk matapelajaran Sivik & Kewarganegaraan :)



Navigation

HOME :) PHOTO PELAJAR

Chat Here



width 200 height 79


506 status update
Kami akan menjalani peperiksaan yang penting pada 3Nov2014 dan doakan kami berjaya untuk tahun akhir di SMKDB :)
Credit Time

Template by : Wani Header by : Wani Basecodes by : Ainna Zieyha Best view : Google Chrome only

Vandalisme ( Menghias Dinding)
Wednesday 1 October 2014 | 00:45 | 0 comments
 
                     

    Ramai yang menyangka vandalisme merupakan jenayah yang dilakukan bagi merosakkan persekitaran dan alam sekitar. Perbuatan ini dilakukan samada dalam kalangan remaja mahupun golongan dewasa. Dalam kehidupan masyarakat kita harus berpandangan positif terhadap sesuatu yang dilakukan oleh seseorang itu sendiri.

Terdapat beberapa kebaikan vandalisme yang boleh dikongsikan dalam hal ini :


1.) Dapat mengcungkil bakat terpendam

  • Perbuatan vandalisme ini boleh mengasah bakat seseorang yang suka melukis mahupun individu yang mempunyai imaginasi yang tinggi. Hal ini dapat mengasah bakat daripada mensia - siakan bakat / imaginasi yang tinggi yang diberikan Tuhan kepada kita.


2.) Dapat mencantikkan pemandangan 
  • Perbuatan vandalisme ini dapat mencantikkan pemandangan kerana warna dapat mengembalikan keceriaan kepada kita. Contohnya ketika seseorang pergi bersenam di taman - taman atau sekitar kediamannya pasti beliau akan cepat letih atau mengantuk kerana tiada pemandangan mahupun warna - warna yang berbeza berbanding warna biru iaitu tasek atau warna hijau iaitu daun. Hal ini pasti ramai yang lebih bersemangat dan suka datang bersenam ke tempat - tempat tersebut.

                


3.) Dapat melukis tanda amaran kepada Remaja
  • Perbuatan ini dapat menangis remaja yang bermasalah seperti menjadikan rumah -rumah kosong sebagai tempat kegiatan perjudian menghisap rokok dan sebagainya dari masuk ke dalam rumah kosong tersebut. Amaran yang boleh ditonjolkan juga mestilah yang dapat menakutkan remaja seperti " Awas di sini kawasan berhantu" atau "Amaran ini adalah kawasan banyak ular". Hal ini dapat membantu remaja agar tidak berlepak atau membuat perkara tidak berfaedah secara senyap - senyap.


4.) Dapat menjadikan sebagai tempat mengambil gambar
  • Perbuatan vandalisme ini juga dapat dijadikan tempat mengambil gambar kerana menangkap gambar pada 'background' yang sama menimbulkan kebosanan pada individu itu sendiri.Contohnya pada musim perayaan atau hari - hari bersejarah seperti kenduri kahwin atau  sebagainya boleh menangkap gambar dengan 'background' yang cantik. Hal ini dapat menjadikan gambar lebih cantik seperti perayaan Hari Raya boleh menconteng dinding dengan menulis 'Selamat Hari Raya' bagi tempat mengambil gambar kemudian boleh mengecat dinding dengan warna perayaan itu sendiri



               [3634635082_b2b7eec8b8[1].jpg]






Kesimpulan

Vandalisme ini selalu disalah tafsir oleh sesetengah individu. Hal ini sangat mendukacitakan kerana remaja mempunyai keinginan dalam mencorakkan atau menceriakan sesuatu suasana dengan imaginasinya. Justeru semua pihak perlu memahami agar kegiatan vandalisme ini tidak disalah erti dan disalah anggap oleh masyarakat.




Dihasilkan oleh :

Muhammad Ismail bin Husaini
Lee Kum Leong
Thum Seng Zhan

Kelas 506 (SMKDB)

0 Comment(s)
Masalah emosi dikalangan remaja
Tuesday 30 September 2014 | 20:19 | 0 comments
Assalamualaikum 


apa habaq semua ? hampa ceria dak harini ?!!!!!!~!!!!!! angkat tnagan ramaii ! marii!!!!! kami hiburkan anda !!!!!!!! ayuh!! berjuang!!




Meh kita nak sembang pasaiii masalah hidup ampa niii. Searbut betuiiii!!!! hampa tau dak hampa ni bermasalah! hampa tengok cermin laa ni! hampa ni apa ?! Ampa skrg tengah tekanan jiwa!!! Mehhh duk rapat2 kami settlekan masalah ampaaaaaaaa. Kami okay ja kalau ampa nk story hidup ampa. Cita dia lagu ni:


Maaf atas keterlanjuaan kata. Laa ni kita sembang serius.. 


Remaja mempunya emosi yang tak terkawal bermula dari usia  15tahun hingga ke 19tahun. 99% remaja mengalami gangguan emosi dari segi....

  • Pelajaran
  • Keluarga
  • Pencintaan
Pelajaran -: remaja banyak mengalami tekanan dalam pelajaran. mereka sering dibanding bandingkan oleh rakan sebaya mahupan keluarga sendiri........ mereka juga berasa tertekan akibat keputusan yang kurang cermelang berbanding dengan usaha mereka selama ni. Mereka juga berasakan apa yang mereka belajaar tidak masuk ke dalam otak. Jadi remaja harus mempunyai sifat 'COOL" tenang jeee.... Sebab hidup adalah permainan, jika hang mahu menang hang kena ''cool' dn ''smart' . Jangan biar emosi kawal diri!!!





Post by: Secret typer...

0 Comment(s)
obesiti
| 20:19 | 0 comments
Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek. Masalah obesiti sebenarnya berlaku disebabkan oleh cara hdup yang tidak sihat seperti tidak menjaga pemakanan seharian. Pengambilan makanan yang berlemak tinggi dan terlalu manis boleh membawa kepada masalah kegemukan. Cara memasak seperti menggoreng juga boleh menjadi penyumbang kepada pengumpulan lemak dalam badan.Selain daripada itu, sikap malas dan tidak suka bersenam juga menjadi punca berlakunya masalah obesiti. Apabila kita terlalu memanjakan tubuh dengan cara tidak melakukan sebarang pergerakan senaman, lemak akan terus terkumpul dalam badan kita. Akhirnya badan kecil menjadi tembam, gempal, dan gemuk.Di samping itu, peningkatan restoran makanan segera dan penjualan makanan dalam bungkusan atau tin turut menjadi satu punca obesiti. Sekiranya berat badan anda bertambah, pelbagai keadaan serta masalah boleh berlaku, antaranya ialah Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung), Strok (angin ahmar), Tekanan darah tinggi, Batu hempedu, Diabetes (kencing manis), Paras kolestrol darah yang tinggi, Gout, Sakit di bahagian bawah belakang badan, Sukar bernafas, Osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut gangguan pembuangan air kecil, Penyakit hati dan barah usus. Hal ini amat membimbangkan mereka yang mengalami masalah obesiti. Antara langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan diri kita daripada masalah ini adalah dengan mengamalkan pemakanan seimbang. Kita haruslah mengambil kira keperluan karbohidrat, lemak dan zat-zat pemakanan yang sesuai dengan peringkat umur. Oleh yang demikian, kita haruslah menjadikan piramid makanan sebagai panduan dalam pemilihan menu atau jenis makanan agar hidup lebih sihat. Langkah yang seterusnya adalah dengan melakukan senaman secara teratur. Kita perlulah mendisiplinkan diri dan melakukan senaman sekurang-kurangnya selama dua puluh minit dalam tiga kali seminggu. Aktiviti senaman ini haruslah dijadikan rutin dalam kehidupan kita. Kita tidak seharusnya menjadikan kesibukan bekerja sebagai alasan untuk tidak bersenam. Tambahan pula, kini banyak alatan senaman yang mampu dimiliki dan dapat digunakan di rumah. Dengan itu, kita tetap berpeluang untuk bersenam dan kekal hidup sihat. Selain daripada menjaga pemakanan dan melakukan senaman yang teratur, kita juga tidak seharusnya terpedaya dengan produk pelangsingan badan yang kian berlambak dalam pasaran. Pelbagai produk pelangsingan badan dijual dan diiklankan yang boleh mengaburi mata pengguna. Pengguna haruslah berhati-hati kerana biasanya kandungan bahan-bahan dalam produk pelangsingan badan boleh membahayakan kesihatan malah, kebanyakan produk tiada jaminan keselamatan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Oleh yang demikian, penggunaan produk ini tidak selamat dan boleh menimbulkan pelbagai kesan negatif yang boleh menjejaskan kesihatan. Konklusinya, kita haruslah sedar bahawa tiada jalan mudah untuk menguruskan dan mengawal berat badan. Sebaliknya kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat, pemakanan seimbang dan senaman dan melakukan aktiviti fizikal secara aktif. Hal ini kerana, masalah obesiti hanya dapat dielakkan jika setiap orang berusaha bersungguh-sungguh untuk menjaga kesihatan dan mencapai berat badan yang ideal. #dayah#eika#nad#506

0 Comment(s)
| 20:19 | 0 comments

                                                                                

                           PEMBUANGAN BAYIPUNCA:--pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan  -berpakaian yang tidak sopan  -tiada didikan agama-tidak pandai menjaga maruah diri dan keluarga-terpengaruh dengan kemewahan dan keseronokkan dunia

KESAN:-
-Lahir anak luar nikah
-meningkatkan kadar anak-anak yang tidak berstatus
-mencemarkan maruah diri
-lelaki tidak menanggung kesusahan dan keperitan yang dilalui oleh wanita

LANGKAH:-
-Kahwin awal
-beri pendedahan tentang kesan pembuangan bayi

 


0 Comment(s)
Isu Rokok
| 20:19 | 0 comments
Isu Rokok......oleh Azmil, Baihaqy, Amirruel

Punca Ketagih

- Nikotin pelbagai
- Perasa pelbagai
- Pelbagai jenis keluaran


Kategori/ Jenis Rokok

- Tembakau
- Ganja
- Roko biasa seperti Pine, Gudang Garam, John

Kenapa Remaja Merokok

- Menghilangkan tekanan
- Mengeratkan silaturahim
- Pengaruh rakan sebaya
- Sifat ingin mencuba
- Kemunculan rokok baharu iaitu SHISHA @ e-rokok
- Kemunculan tanaman tembakau/ ganja
- Murah & mudah untuk diperolehi

0 Comment(s)
Masalah pengunaan internet dalam kalangan pelajar
| 20:15 | 0 comments

Komputer merupakan salah satu media elektronik yang sangat canggih. Di komputer terdapat program. Kerana dengan progarm internet dapat dijalankan. Hampir semua orang menggunakan komputer untuk mendapatkan maklumat.

Selaras dengan perkembangan dunia teknologi maklumat pada masa kini internet merupakan satu rangkaian maklumat yang dapat diperolehi melalui komputer. Kempen kerajaan "Satu rumah, Satu komputer" adalah sejajar dengan teknologi masa kini. Namun disebalik kebaikan yang diperoleh daripada internet terdapat kesan buruk yang timbul.

Interenet secara tidak langsung telah meracuni pemikiran remaja hari ini. Remaja bebas melayari web yang tidak sesuai dengan usia mereka seperti laman web lucah. Bahan yang berbentuk pornografi ini boleh membawa kepada jenayah seks seperti kes rogol, cabul kehormatan dan sebagainya.

Selain itu, internet juga dapat melekakan seseorang pelajar. Pelajar banyak menghabiskan masa dengan melayari laman web yang berbentuk hiburan semata mata. Masa yang sepatutnya diperuntukkan dengan mengulang kaji pelajaran terbuang begitu sahaja. Kesannya, pelajar akan ketinggalan dari segi akademik 
Penggunaan internet secara berlebihan dan tanpa kawalan juga menyebabkan remaja menjadi malas untuk bergiat cergas dalam aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum seperti bersukan dan berpersatuan dapat menyihatkan badan tidal mendapat sambutan daripada pelajar. Remaja lebih suka menghabiskan masa di hadapan komputer. 

Di samping menjadikan remaja malas mengikuti aktiviti kokurikulum, timbu juga masalah sosial yang turut menjadi bebanan kepada masyarakat. Remaja yang mengunjungi kafe siber akan lebih terdedah dengan masalah sosial sepert melepak atau gengsterisme. Selain itu, remaja juga mudah terpengaruh dengan budaya kuning yang diperaleh dari Barat. 

Kesimpulannya, pihak ibu bapa perlu mengawasi anak-anak mereka semasa, melayari laman web di internet. Kerjasama daripada semua pihak adalah perlu agar kesan baik penggunaan internet tidak ditutupi oleh keburukan internet tersebut. Remaja perlu dibimbing kerana remaja hari ini merupakan tonggak negara masa depan.



Amirah, Farhana, Anati 




0 Comment(s)
| 20:13 | 0 comments
KEMALANGAN
Ditulis oleh : Maizatul & Syafiqah
PUNCA :
  1. Pengambilan dadah dan alkohol
  2. Tiada lampu jalan yang mencukupi
  3. Jalan berlubang
  4. Tidak mematuhi peraturan jalan raya
  5. Tiada lesen memandu
  6. Tidak melakukan penyelenggaraan kereta
  7. Tiada jejantas untuk pejalan kaki




CARA MENGATASI :
  1. Memperbanyakkan kempen kesedaran
  2. Mengadukan kepada pihak berkuasa
  3. Ketatkan undang-undang
  4. Memperbanyakkan arahan papan tanda

0 Comment(s)