SPM VICTIM
Strawberry World



Assalamualaikum, kami pelajar tingkatan 5 dari SMK Doktor Burhanuddin disini berkongsi artikel tentang masalah masalah yang terjadi dikalangan masyarakat di Malaysia dan ini adalah projek kami menaip artikel untuk matapelajaran Sivik & Kewarganegaraan :)



Navigation

HOME :) PHOTO PELAJAR

Chat Here



width 200 height 79


506 status update
Kami akan menjalani peperiksaan yang penting pada 3Nov2014 dan doakan kami berjaya untuk tahun akhir di SMKDB :)
Credit Time

Template by : Wani Header by : Wani Basecodes by : Ainna Zieyha Best view : Google Chrome only

obesiti
Tuesday 30 September 2014 | 20:19 | 0 comments
Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek. Masalah obesiti sebenarnya berlaku disebabkan oleh cara hdup yang tidak sihat seperti tidak menjaga pemakanan seharian. Pengambilan makanan yang berlemak tinggi dan terlalu manis boleh membawa kepada masalah kegemukan. Cara memasak seperti menggoreng juga boleh menjadi penyumbang kepada pengumpulan lemak dalam badan.Selain daripada itu, sikap malas dan tidak suka bersenam juga menjadi punca berlakunya masalah obesiti. Apabila kita terlalu memanjakan tubuh dengan cara tidak melakukan sebarang pergerakan senaman, lemak akan terus terkumpul dalam badan kita. Akhirnya badan kecil menjadi tembam, gempal, dan gemuk.Di samping itu, peningkatan restoran makanan segera dan penjualan makanan dalam bungkusan atau tin turut menjadi satu punca obesiti. Sekiranya berat badan anda bertambah, pelbagai keadaan serta masalah boleh berlaku, antaranya ialah Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung), Strok (angin ahmar), Tekanan darah tinggi, Batu hempedu, Diabetes (kencing manis), Paras kolestrol darah yang tinggi, Gout, Sakit di bahagian bawah belakang badan, Sukar bernafas, Osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut gangguan pembuangan air kecil, Penyakit hati dan barah usus. Hal ini amat membimbangkan mereka yang mengalami masalah obesiti. Antara langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan diri kita daripada masalah ini adalah dengan mengamalkan pemakanan seimbang. Kita haruslah mengambil kira keperluan karbohidrat, lemak dan zat-zat pemakanan yang sesuai dengan peringkat umur. Oleh yang demikian, kita haruslah menjadikan piramid makanan sebagai panduan dalam pemilihan menu atau jenis makanan agar hidup lebih sihat. Langkah yang seterusnya adalah dengan melakukan senaman secara teratur. Kita perlulah mendisiplinkan diri dan melakukan senaman sekurang-kurangnya selama dua puluh minit dalam tiga kali seminggu. Aktiviti senaman ini haruslah dijadikan rutin dalam kehidupan kita. Kita tidak seharusnya menjadikan kesibukan bekerja sebagai alasan untuk tidak bersenam. Tambahan pula, kini banyak alatan senaman yang mampu dimiliki dan dapat digunakan di rumah. Dengan itu, kita tetap berpeluang untuk bersenam dan kekal hidup sihat. Selain daripada menjaga pemakanan dan melakukan senaman yang teratur, kita juga tidak seharusnya terpedaya dengan produk pelangsingan badan yang kian berlambak dalam pasaran. Pelbagai produk pelangsingan badan dijual dan diiklankan yang boleh mengaburi mata pengguna. Pengguna haruslah berhati-hati kerana biasanya kandungan bahan-bahan dalam produk pelangsingan badan boleh membahayakan kesihatan malah, kebanyakan produk tiada jaminan keselamatan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Oleh yang demikian, penggunaan produk ini tidak selamat dan boleh menimbulkan pelbagai kesan negatif yang boleh menjejaskan kesihatan. Konklusinya, kita haruslah sedar bahawa tiada jalan mudah untuk menguruskan dan mengawal berat badan. Sebaliknya kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat, pemakanan seimbang dan senaman dan melakukan aktiviti fizikal secara aktif. Hal ini kerana, masalah obesiti hanya dapat dielakkan jika setiap orang berusaha bersungguh-sungguh untuk menjaga kesihatan dan mencapai berat badan yang ideal. #dayah#eika#nad#506

0 Comment(s)