SPM VICTIM
Strawberry World



Assalamualaikum, kami pelajar tingkatan 5 dari SMK Doktor Burhanuddin disini berkongsi artikel tentang masalah masalah yang terjadi dikalangan masyarakat di Malaysia dan ini adalah projek kami menaip artikel untuk matapelajaran Sivik & Kewarganegaraan :)



Navigation

HOME :) PHOTO PELAJAR

Chat Here



width 200 height 79


506 status update
Kami akan menjalani peperiksaan yang penting pada 3Nov2014 dan doakan kami berjaya untuk tahun akhir di SMKDB :)
Credit Time

Template by : Wani Header by : Wani Basecodes by : Ainna Zieyha Best view : Google Chrome only

Vandalisme ( Menghias Dinding)
Wednesday 1 October 2014 | 00:45 | 0 comments
 
                     

    Ramai yang menyangka vandalisme merupakan jenayah yang dilakukan bagi merosakkan persekitaran dan alam sekitar. Perbuatan ini dilakukan samada dalam kalangan remaja mahupun golongan dewasa. Dalam kehidupan masyarakat kita harus berpandangan positif terhadap sesuatu yang dilakukan oleh seseorang itu sendiri.

Terdapat beberapa kebaikan vandalisme yang boleh dikongsikan dalam hal ini :


1.) Dapat mengcungkil bakat terpendam

  • Perbuatan vandalisme ini boleh mengasah bakat seseorang yang suka melukis mahupun individu yang mempunyai imaginasi yang tinggi. Hal ini dapat mengasah bakat daripada mensia - siakan bakat / imaginasi yang tinggi yang diberikan Tuhan kepada kita.


2.) Dapat mencantikkan pemandangan 
  • Perbuatan vandalisme ini dapat mencantikkan pemandangan kerana warna dapat mengembalikan keceriaan kepada kita. Contohnya ketika seseorang pergi bersenam di taman - taman atau sekitar kediamannya pasti beliau akan cepat letih atau mengantuk kerana tiada pemandangan mahupun warna - warna yang berbeza berbanding warna biru iaitu tasek atau warna hijau iaitu daun. Hal ini pasti ramai yang lebih bersemangat dan suka datang bersenam ke tempat - tempat tersebut.

                


3.) Dapat melukis tanda amaran kepada Remaja
  • Perbuatan ini dapat menangis remaja yang bermasalah seperti menjadikan rumah -rumah kosong sebagai tempat kegiatan perjudian menghisap rokok dan sebagainya dari masuk ke dalam rumah kosong tersebut. Amaran yang boleh ditonjolkan juga mestilah yang dapat menakutkan remaja seperti " Awas di sini kawasan berhantu" atau "Amaran ini adalah kawasan banyak ular". Hal ini dapat membantu remaja agar tidak berlepak atau membuat perkara tidak berfaedah secara senyap - senyap.


4.) Dapat menjadikan sebagai tempat mengambil gambar
  • Perbuatan vandalisme ini juga dapat dijadikan tempat mengambil gambar kerana menangkap gambar pada 'background' yang sama menimbulkan kebosanan pada individu itu sendiri.Contohnya pada musim perayaan atau hari - hari bersejarah seperti kenduri kahwin atau  sebagainya boleh menangkap gambar dengan 'background' yang cantik. Hal ini dapat menjadikan gambar lebih cantik seperti perayaan Hari Raya boleh menconteng dinding dengan menulis 'Selamat Hari Raya' bagi tempat mengambil gambar kemudian boleh mengecat dinding dengan warna perayaan itu sendiri



               [3634635082_b2b7eec8b8[1].jpg]






Kesimpulan

Vandalisme ini selalu disalah tafsir oleh sesetengah individu. Hal ini sangat mendukacitakan kerana remaja mempunyai keinginan dalam mencorakkan atau menceriakan sesuatu suasana dengan imaginasinya. Justeru semua pihak perlu memahami agar kegiatan vandalisme ini tidak disalah erti dan disalah anggap oleh masyarakat.




Dihasilkan oleh :

Muhammad Ismail bin Husaini
Lee Kum Leong
Thum Seng Zhan

Kelas 506 (SMKDB)

0 Comment(s)